Sunday 14 April 2013

Zakat emas dan perak (negeri Selangor).

Kiraan zakat emas dan perak bagi negeri Selangor.

  1. Emas perhiasan wanita.
  • emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan.
  • wajib bayar zakat jika  mencapai kadar uruf (pemakaian).
  • kadar uruf = 800 gram (bagi negeri Selangor)
  • Formula kiraan : Timbangan emas x Harga semasa x 2.5%
  • Contoh : 900 gram x RM 50 x 2.5% = RMM1125.

     2.  Emas yang disimpan
  • emas yang dipakai selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
  • dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang dimiliki.
  • Nisab emas yang tidak dipakai ialah 85 gram.
  • Formula kiraan : Timbangan emas x Harga semasa x 2.5%
  • Contoh : 90 gram x RM 50 x 2.5% = RM 112.

     3.  Perak
  • dijadikan sebagai perhiasan atau disimpan.
  • Nisab bagi perak ialah 595 gram atau lebih.
  • Formula kiraan : Timbangan semasa x Harga semasa (pergram) x 2.5%
  • Contoh : 800 gram x RM 0.90 (segram) x 2.5% = RM 18.


No comments:

Post a Comment