Monday 8 April 2013

Kenapa perlu simpan emas??

1. Kerana ianya 'safe haven'.Bila keadaan ekonomi tidak menentu, negara dan bank akan   kembali kepada emas.

2. Ianya BEBAS. Tidak berhutang dan tidak terikat kepada sesiapa. Contohnya wang kertas yang wujud dengan kerajaan atau bank meminjamkan kepada orang ramai melalui bond atau fractional reserved banking.

3. Nilai ada didalam emas fizikal itu sendiri. Usaha melombong dan memproses emas tersebut ada didalam emas itu sendiri.Tidak seperti wang kertas, wang kertas hanya akan bernilai apabila kerajaan yang mengangkat matawang tersebut masih gagah.Bila kerajaan itu jatuh, wang kertas turut jatuh sekali.

4. Ianya diterima dimana-mana sahaja. Emas di USA tetap emas di Papua New Guinea.

5. Tidak ditelan inflasi.Harga barang jika diukur dalam emas adalah lebih kurang sama (dalam berat) jika dibandingkan sejak 2000 tahun lepas.

No comments:

Post a Comment